BUTIK ANDAMAN|TANGKAK|MUAR|SEGAMAT|BATU PAHAT|MELAKA|NEGERI SEMBILAN|LEMBAH KLANG|

Profail Syarikat


E QASIH ANDAMAN (MA0114744-M) telah didaftarkan pada 05 September 2007 sebagai syarikat milikan tunggal. Ditubuhkan sejak tahun 2002 yang pertama kalinya beroperasi di Muar, Johor dengan 2 pekerja sahaja.

 

Penubuhan  E QASIH ANDAMAN pada mulanya amat mencabar berdasarkan kepada persaingan syarikat pengendali majlis perkahwinan lain. Tetapi setelah menemui kaedah e-dagang iaitu urusan perniagaan melalui internet, kami kini berdiri megah kerana mempunyai direktori pelanggan yang tidak terhad dan pelbagai golongan.

 

Kini  E QASIH ANDAMAN ditadbir oleh Pn.Adillah bte Dewa selaku Pengerusi. Dibantu oleh Shafiee Abdullah sebagai Pengarah Urusan dan Mohd Shukri Mohd Yusof sebagai Pengurus Pemasaran. Memiliki 3 orang pembantu tetap dan beberapa pekerja sambilan.

 

            Dahulunya E QASIH ANDAMAN hanya menawarkan perkhidmatan andaman dan tatarias pengantin sahaja. Atas permintaan dan perkembangan serta perancangan masa depan, kami meluaskan perkhidmatan merangkumi seluruh keperluan majlis perkahwinan seperti kanopi, katering, fotografi, video dan lain-lain.

 

E QASIH ANDAMAN kini boleh berbangga kerana sambutan pelanggan sehingga ke Mersing, Kuala Pilah, Gemas, Segamat, Batu Pahat, Melaka Tengah, Alor Gajah dan Pagoh bergantung kepada permintaan. Bukan sahaja majlis perkahwinan, kami juga mengambil tempahan pelbagai acara seperti makan malam atau sambutan majlis tertentu.

WAKTU PERNIAGAAN

Bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Hari Isnin hingga Ahad.

Tutup pada hari Jumaat.

 

LOKASI PEJABAT

G-17 Arked Bandar Tangkak, 84900 Tangkak Johor DT

(10 minit perjalanan dari tol Tangkak menuju ke Bandar Segamat bersebelahan dengan Stesyen Bas Tangkak)


eqasih-andaman crew's profile

Male, 45 years old
Tangkak, Johor Darul Takzim
Malaysia
Member since: Apr 4, 2007

About me
Fiee Abdullah's Friends

Messages